PENYERANG sensasi Cristiano Ronaldo tidak akan berputus asa bermain untuk Portugal ketika pemain itu bersedia membuat penampilan antarabangsa ke-200 menentang Iceland dalam kelayakan Euro 2024 di Stadium Laugardalsvollur, Reykjavik.
Pemain berusia 38 tahun itu mencipta rekod antarabangsa lelaki baharu apabila memenangi cap ke-197 menentang Liechtenstein pada Mac.
“Saya tidak akan berputus asa untuk datang ke sini (ke pasukan kebangsaan Portugal), kerana ia sentiasa menjadi impian semua.
“Mencapai 200 perlawanan antarabangsa bukan untuk sesiapa sahaja, ia menunjukkan rasa cinta yang saya ada untuk negara dan pasukan saya,” katanya pada sidang media di Reykjavik menjelang perlawanan pada Rabu.
Untuk rekod, Ronaldo menjaringkan empat gol dalam tiga perlawanan sejak Roberto Martinez mengambil alih tugas sebagai pengendali Portugal awal tahun ini.
Namun Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam kemenangan bergaya Portugal 3-0 ke atas Bosnia & Herzegovina minggu lalu.
"Sesungguhnya adalah amat menakjubkan untuk menobatkan perlawanan antarabangsa ke-200 saya dengan gol.
“Saya tidak mengejar rekod, mereka mengejar saya. Saya gembira kerana ia adalah sebahagian daripada motivasi untuk terus berada di peringkat tertinggi bersama pasukan.
“Ia sesuatu yang saya tidak pernah fikir akan dicapai,” kata Ronaldo, penjaring rekod antarabangsa pemain bola sepak lelaki sepanjang zaman dengan 122 gol.
Dalam pada itu, Martinez mengesahkan bahawa penyerang itu yang kini bermain untuk Al-Nassr di Arab Saudi akan memulakan permainan berdepan Iceland.
“Seorang pemain mencapai 200 perlawanan, itu unik. Ia satu kebanggaan untuk bola sepak Portugal,” kata bekas pengendali Belgium itu.
Sebagai rekod, Portugal di landasan terbaik ke Euro Jerman 2024 apabila menduduki tangga teratas Kumpulan J selepas menjaringkan 13 gol tanpa bolos dalam tiga kemenangan berturut-turut. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jun 20 2023
Cristiano Ronaldo tidak akan berputus asa bermain untuk Portugal ketika pemain itu bersedia membuat penampilan antarabangsa ke-200 menentang Iceland dalam kelayakan Euro 2024 di Stadium Laugardalsvollur, Reykjavik. - Gambar fail AP
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
AWANI Pagi: COVID-19 belum berakhir
Diskusi #AWANIpagi hari ini bersama Dr Tan Seok Hong, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung ancaman COVID-19 yang belum berakhir.
#AWANInews
#AWANInews
EPL: Liverpool sahkan Arne Slot sebagai pengganti Jurgen Klopp
Slot mengendalikan kelab Belanda, Feyenoord Rotterdam sejak 2021, memenangi kejuaraan liga Eredivisie pada 2022/23 bersama Piala Belanda.
Thailand catat KDNK 1.5 peratus dalam suku pertama
KDNK dalam tempoh Januari-Mac perlahan disebabkan oleh penurunan dalam pelaburan awam, perbelanjaan kerajaan dan eksport barangan.
Helikopter terhempas: Iran minta tolong, Amerika terpaksa menolak
Pada dasarnya, Amerika tidak dapat menyediakan bantuan itu sebahagian besarnya atas sebab-sebab logistik, kata Jabatan Negara AS.
Wujudkan bank pokok tempatan, tangani isu pokok tumbang
Keistimewaan pokok tempatan terletak pada daya tahan, pengadaptasian terhadap cuaca, kualiti kepada flora fauna serta ekologi persekitaran.
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
Al-Nassr tangguh pertabalan kejuaraan Al-Hilal
Marcelo Brozovic menjaringkan dua gol ketika Al-Nassr mengatasi Al-Akhdoud 3-2 untuk melengahkan pertabalan kejuaraan Liga Pro Saudi Al-Hilal.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
Juventus kaji semula keputusan diarah bayar Ronaldo RM50 juta
Mahkamah timbang tara arah Juventus bayar gaji tertunggak 9.8 juta euro kepada Ronaldo.
Ronaldo hampir tumbuk pengadil selepas terima kad merah
Ronaldo dilihat berang selepas diprovokasi pemain pertahanan Al-Hilal, Ali Al-Bulayhi, hingga menyebabkan dia menyiku dada pemain tersebut.
Mesut Ozil, Fernando Torres ini keadaan mereka selepas bersara...
Ozil dan Torres membuktikan bahawa usia sememangnya sekadar angka sahaja kerana mereka juga boleh mengekalkan apa yang dilaksanakan sebelum ini.
Cristiano Ronaldo ledak hatrik lagi
Ronaldo jaringkan hatrik kedua dalam tempoh empat hari ketika Al-Nassr menumpaskan lawan Liga Pro Saudi, Abha 8-0.
Cristiano Ronaldo akui dia bukan lagi ‘pemain terbaik’ Portugal?
Bernardo Silva telah dinobatkan sebagai pemain terbaik Portugal walaupun Cristiano Ronaldo masih beraksi untuk negaranya.